Back
Next
title
Banner

 

 

 

 

  • Menguruskan amal jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu´izzaddin Waddaulah dan Ahli Keluarga Diraja Baginda secara profesional dan cekap supaya menjadi sumber pembayaran yang berterusan bagi masa hadapan;
  •  

  • Memberi bantuan kewangan untuk tujuan keagamaan, kebajikan, sosial dan pendidikan yang bersesuaian dengan adil dan cekap;

  •  

  • Menggalakkan usaha memajukan masyarakat dengan membentuk perkongsian dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan;

  •  

  • Menggalakkan pencapaiannya yang cemerlang kepada masyarakat Brunei dalam beberapa bidang khusus dengan memberikan ganjaran dan kurnia yang selayaknya kepada mereka yang berpatutan menerimanya; dan,

  •  

  • Memastikan Lembaga Pengarah dan seluruh warga YAYASAN serta para sukarelawan bekerja dengan bersatu padu dan dedikasi sejajar dengan dasar amal jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

 

 

Kami seluruh warga YAYASAN dengan ikhlas, insya Allah

 

akan mencapai misinya bagi mencerminkan usaha pemedulian dan kasih sayang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu´izzaddin Waddaulah dan Ahli Keluarga Diraja Baginda terhadap rakyat untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan kualiti kehidupan yang tinggi bagi seluruh rakyat Baginda sejajar dengan prinsip ´Melayu Islam Beraja´.

 

top