Bagi melaksanakan perjalanan Yayasan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan lantikan Jemaah Tadbir dan Lembaga Pengarah pada 7 Rabiulakhir 1413 Hijrah bersamaan dengan 5 Oktober 1992 Masihi.
Jemaah Tadbir
Jemaah Tadbir adalah bertanggungjawab untuk mengawasi perjalanan Yayasan dan memastikan supaya dasar dan tujuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah diikuti.
Menurut bab 7(3) dari Akta Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Ahli-Ahli Jemaah Tadbir yang dilantik hendaklah memegang jawatan bagi satu tempoh yang tidak melebihi dari empat (4) tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula.
Baris Masa : [ 1992 - 1996 | 1996 - 2000 | 2000 - 2004 | 2004 - 2008 | 2009 - 2012 ]
Lembaga Pengarah
Lembaga Pengarah pula bertanggung jawab terhadap dasar dan pentadbiran am mengenai hal ehwal dan urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Menurut bab 4(4) dari Akta Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik hendaklah memegang jawatan bagi satu tempoh yang tidak melebihi dari tiga (3) tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula.
Baris Masa : [ 1992 - 1995 | 1995 - 1998 | 1998 - 2001 | 2001 - 2004 | 2004 - 2007 | 2007 - 2010 | 2010 - 2013 ]
Pentadbiran
Selain daripada Jemaah Tadbir dan Lembaga Pengarah yang bertanggung jawab untuk mengawasi perjalanan Yayasan dan hal ehwal pentadbiran am dan urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, terdapat 10 bahagian di Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang bertanggungjawab terhadap pengendalian pengurusan dan pentadbiran:
Bahagian Pengurusan
Bahagian Ugama
Bahagian Kebajikan
Bahagian Pendidikan
Bahagian Hartanah
Bahagian Perkembangan Tenaga Manusia
Bahagian Kewangan
Bahagian Teknologi Maklumat
Bahagian Perhubungan Awam
Bahagian Tugas-Tugas Khas
* Click the image for more detailed and larger view.