Penubuhan Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah merupakan sumbangan dan penglibatan Yayasan dalam menyediakan prasarana dan perkhidmatan pendidikan. Sumbangan ini adalah merupakan pelaburan jangka panjang kepada rakyat dan negara serta sebagai pelengkap kepada dasar kerajaan dalam melahirkan tenaga manusia yang akan berperanan dalam membangun negara.
Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah terdiri daripada taman asuhan kanak-kanak, sekolah rendah dan sekolah menengah menyediakan perkhidmatan pendidikan dari peringkat bimbingan hingga peringkat menengah.


Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah terletak di Simpang 336-71, Jalan Kebangsaan, Berakas iaitu satu kawasan yang bersesuaian dengan situasi alam sekitar yang tenteram dan pemandangan yang menarik. Kompleks sekolah yang terdiri daripada bangunan taman asuhan, bangunan sekolah rendah dan bangunan sekolah menengah direka bentuk dengan mengadunkan teknologi moden dan identiti tersendiri serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang terkini dan bersesuaian bagi menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.