Back
Next
title
Banner

 

Mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan pembangunan infrastruktur selain daripada yang dikendalikan oleh kerajaan adalah merupakan tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang pembangunan. Projek pembangunan ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan dalam memberikan bantuan dan menyediakan perkhidmatan kepada golongan sasarannya.

 

Projek pembangunan yang diungkayahkan oleh Yayasan adalah seperti pembinaan masjid, surau dan balai ibadat; menyediakan rumah-rumah bantuan di bawah Skim Perumahan Yayasan; Projek Perumahan Kampong Bolkiah di Kampong Ayer; Sekolah Yayasan dan Kompleks Yayasan.