Unit Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ditubuhkan pada 28 Zulkaedah 1425H bersamaan 9 Januari 2005, bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
Unit Sukarelawan Yayasan berfungsi sebagai saluran bagi membolehkan mereka yang berhasrat tampil kehadapan menyumbangkan khidmat bakti mereka dalam membantu Yayasan mengembangluas dan menggiatkan aktiviti amal dan kemasyarakatannya.
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sukacita mengalu-alukan awda mengikuti aktiviti sukarelawan Yayasan. Marilah meluangkan sedikit masa, mengerahkan sedikit tenaga serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman menjayakan kerja-kerja sukarela bersama-sama kami.


Menyediakan saluran bagi membolehkan mereka yang berhasrat atau berminat untuk menjadi sukarelawan untuk tampil kehadapan menyumbangkan khidmat bakti mereka.
Sebagai satu landasan yang menghubungkan para sukarelawan dan rakan kongsi strategik Yayasan dalam mengendalikan projek dan aktiviti amal dan kemasyarakatan yang diusahakan oleh Yayasan.
Memberi peluang kepada individu atau kumpulan untuk mengongsikan bakat, kebolehan, pengetahuan dan kemahiran masing-masing dalam sama-sama mengungkayahkan projek dan aktiviti Yayasan khususnya terhadap golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan.
Memupuk semangat kesukarelawanan dikalangan para belia bagi mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan mereka dalam aktiviti pembangunan masyarakat.
Memberikan kesedaran dan kefahaman dikalangan masyarakat terhadap isu dan masalah yang dihadapi oleh golongan yang kurang berkemampuan dan kurang berkeupayaan bagi melahirkan masyarakat yang prihatin, penyayang, pemedulian dan harmoni.
Mempertingkatkan kerjasama di antara para sukarelawan, badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan agensi-agensi kerajaan dengan mengambil daya usaha baru menggiatluaskan aktiviti sosial secara kolektif.