Logo yang berbentuk bulat ini membawa ciri-ciri perlindungan, bantuan dan pembangunan masyarakat dalam semua aspek (Keugamaan, Pendidikan, Kebajikan, Pembangunan dan Kewangan).
![]()
Memohon doa dan bantuan daripada Allah Subhanahu Wata'ala kerana hanya dengan rahmatnya sahaja, rakyat akan dapat hidup selamat dan sejahtera. Memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan akan dapat membantu mereka menginsafi akan kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala dan akan sentiasa mensyukuri pemberian Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
![]()
Melambangkan kedudukan sebagai Pemerintah dan Ketua Negara yang diberkati oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan menjalankan pentadbiran secara adil serta kasih kepada rakyat.
![]()
Terletak di bawah Mahkota bererti dasar penubuhan Yayasan yang berteraskan Iman, Amal dan Ihsan
Iman itu wadah
Amal itu pemedulian
Ihsan itu pembentukan masyarakat serta keharmonian
![]()
Melambangkan budaya seni bangsa Brunei yang tidak luput ditelan zaman.
![]()
Emas - Keagungan, keadilan, kemakmuran, kekayaan, kemuliaan dan pengabdian kepada Allah Subhanahu Wata'ala
Kuning - Warna Diraja yang berdaulat, kasih pada rakyat, pemedulian pada yang memerlukan
Hijau - KeIslaman, kebudayaan, kemesraan Baginda yang sentiasa subur kepada rakyat jelata
![]()
Payung yang terbuka bererti berlindung dan melindungi dari semasa ke semasa
![]()
Tiang payung tersebut bererti mengikut peredaran masa selama 24 jam
![]()