Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Secara amnya semua projek dan aktiviti yang dikendalikan oleh Yayasan dalam bidang ugama adalah menumpukan usaha mempertingkatkan dakwah dan syiar Islam di negara ini termasuklah bantuan dalam pendidikan ugama.

i. Projek Dakwah dan Meninggikan Syiar Islam

  • Bantuan Kepada Saudara-Saudara Baru
    • Salah satu usaha bagi menjalankan gerakan dakwah dan meninggikan syiar Islam di negara ini adalah dengan mengambil peranan dengan memeduli kebajikan dan kesejahteraan hidup saudara-saudara baru.
    • Satu daripada usaha tersebut ialah dengan mengendalikan projek bantuan perumahan kepada saudara-saudara baru. Bantuan perumahan ini adalah bertujuan bagi memeduli kebajikan saudara-saudara baru yang kurang berkemampuan dan tidak berkemampuan mendirikan rumah sendiri serta keadaan tempat tinggal mereka berkeadaan daif dan tidak selamat untuk didiami. Bantuan ini dihasratkan bagi menyediakan tempat tinggal yang selesa supaya mereka dapat meneruskan dan menghayati kehidupan sebagai seorang Islam dengan sempurna dan dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah Subhanahu Wata┬┤ala dalam keadaan yang selesa dan aman. Projek bantuan perumahan ini dikendalikan di bawah Skim Perumahan Yayasan.
    • Selain daripada bantuan perumahan, Yayasan juga memberikan bantuan yang bersesuaian bagi membantu mempertingkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi saudara-saudara baru.
  • Bantuan Kewangan Bagi Menjalankan Gerakan Dakwah dan Syiar Islam
    • Dalam usaha untuk meninggikan syiar Islam di negara ini, Yayasan mengambil peranan dengan menghulurkan bantuan dan sokongan kewangan kepada pihak-pihak tertentu dalam menjalankan gerakan dakwah dan syiar Islam di negara ini.

ii. Sumbangan Kepada Masjid, Surau dan Balai Ibadat

  • Menyedari pentingnya peranan tempat-tempat ibadah dalam menyemarakkan syiar Islam, Yayasan menghulurkan sumbangan kewangan kepada sebahagian masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara untuk menampung kos pembinaan dan pemeliharaan bangunan masjid, surau dan balai ibadat.
  • Sumbangan juga diberikan bagi mengendalikan aktiviti keugamaan sebagai usaha bagi mentakmirkan masjid, surau dan balai ibadat khususnya pada sepanjang bulan Ramadhan.
  • Yayasan juga dari semasa ke semasa menyumbangkan peralatan yang bersesuaian seperti kelengkapan pengurusan jenazah, buku-buku ugama, sejadah, pembesar suara dan lain-lain keperluan kepada masjid, surau dan balai ibadat yang memerlukannya.

iii. Bantuan Kewangan Bagi Membiayai Pengajian Dalam Bidang Ugama

  • Bantuan kewangan yang berbentuk sara hidup bulanan diberikan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada penuntut persendirian (penuntut yang tidak menerima dana atau biasiswa daripada pihak kerajaan atau badan-badan lain) yang berkelayakan bagi memberi peluang kepada mereka meneruskan pengajian dalam bidang ugama di universiti dan institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan. Bantuan ini bertujuan bagi melahirkan lebih ramai generasi yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang ugama Islam. Selain itu, bantuan kewangan, peralatan dan keperluan persekolahan juga diberikan kepada para pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan yang menuntut di sekolah dan institusi ugama.

iv. Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

  • Yayasan mengendalikan pengurusan kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu┬┤izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu buah kurma, pakaian ihram dan telekong. Ini merupakan projek khas yang dikendalikan oleh Yayasan setiap tahun sejak tahun 1995.
    • Kurma
      • Pengurniaan buah kurma adalah dihasratkan sebagai juadah berbuka puasa dan ia dikurniakan pada setiap menjelang bulan Ramadhan kepada seluruh rakyat dan penduduk yang berugama Islam yang menetap di Negara Brunei Darussalam dengan tidak mengira had umur dan taraf kerakyatan.
    • Pakaian Ihram and Telekong
      • Pengurniaan pakaian ihram dan telekong adalah dikhususkan kepada semua bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam pada setiap menjelang musim haji.

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086