Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

"Sepertimana yang dihasratkan, bahawa Sambutan Jubli Perak Beta ini, disamping untuk mengenang sejarah pemerintahan Beta selama 25 tahun, juga tujuan yang lain, ialah untuk menzahirkan kesyukuran kita terhadap Allah Subhanahu Wata┬┤ala atas nikmatNya mengizinkan pemerintahan ini berjalan dengan baik dan teratur.

Memandangkan ini, Beta rasa adalah wajar bagi Beta untuk berbuat sesuatu, yang boleh menjadi tanda atau lambang kesyukuran itu, yang nanti dapat dinikmati faedahnya oleh rakyat dan penduduk.

Maka disaat yang amat berbahagia ini, Beta dengan sukacita mengumumkan penubuhan sebuah Yayasan yang akan menjadi ristaan kekal zaman pemerintahan Beta. Yayasan ini akan berfungsi menurut dasar-dasar atau tujuan-tujuan yang telah ditetapkan, iaitu sebagai Amal Jariah ataupun Derma Khairat Beta dan Ahli Keluarga Beta. Ianya akan boleh menghulurkan derma bagi faedah-faedah keugamaan, kebajikan, pendidikan dan lain-lain seumpamanya.

Yayasan ini akan dipanggil dengan nama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah."

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086