Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

A. PENOLONG PEGAWAI

Permohonan adalah dipelawa daripada pemohon-pemohon yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan kosong di dalam perkhidmatan di YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH.

PENOLONG PEGAWAI

Kelayakan:

  1. Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

  2. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian ugama islam, adat istiadat negara, adat resam dan kebudayaan orang-orang Brunei.

  3. Mempunyai kelulusan pada tahap BDQF Level 5 (seperti Advanced Diploma atau Higher National Diploma atau yang diiktiraf sebanding dengannya) dalam bidang perdagangan dan pengurusan atau bidang-bidang lain yang bersesuaian.

  4. Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

  5. Berkebolehan dalam menggunakan aplikasi komputer selain dari Words dan Excel adalah satu kelebihan.

  6. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang bersesuaian adalah satu kelebihan.

  7. Mempunyai lesen memandu kelas 3.


Peringatan:

Pemohon-pemohon hendaklah mengisikan borang permohonan dan menyertakan keterangan peribadi (CV), salinan sijil-sijil kelulusan serta dokumen yang berkenaan, dan nombor telefon yang mudah dihubungi, berserta gambar terbaru berukuran paspot (tidak dikembalikan) kepada:

Unit Pengambilan
Bahagian Perkembangan Tenaga Manusia
Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang, Gadong BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Borang Permohonan: Borang permohonan boleh dimuat turun disini

Hanya permohonan yang memenuhi syarat iklan sahaja yang akan dihubungi. Borang permohonan hendaklah dihantar ke alamat di atas tidak lewat pada Jumaat, 05 Mei 2017 jam 5.00 petang.

 


 

 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086