Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Berita Terkini

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka-mereka yang terlibat dalam musibah bencana kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Pada hari Khamis, 23 Rejab 1438H bersamaan 20 April 2017M, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$18,300.00 kepada empat buah keluarga yang terdiri daripada 21 ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini di Kampong Bukit Puan dan Kampong Pelambayan.

Senarai ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:

Kampong Bukit Puan, Luagan Lalak, Labi
1. Awang Tuwat Anak Manggau
2. Awang Joharie Anak Tuwat

Kampong Pelambayan
3. Dayang Hamidah binti Haji Ali
4. Awang Suhairol bin Haji Yahya

Sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086