Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ┬┤Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Lawatan ‘Keusahawanan’ yang diadakan pada hari Isnin, 20 Rejab 1438 bersamaan 17 April 2017 adalah merupakan salah satu komponen dan kesinambungan Program Meningkatkan Keupayaan Ibu Tunggal yang dikendalikan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Pada dasarnya, Program Meningkatkan Keupayaan Ibu Tunggal ini bertujuan untuk:
1. meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ibu tunggal untuk membolehkan mereka meningkatkan tahap kehidupan yang selesa;
2. meningkatkan penyertaan ibu tunggal yang tidak bekerja samada dalam pekerjaan fleksibel (dengan majikan) atau sara diri;
3. membantu ibu tunggal yang mempunyai kemahiran / pengalaman mendapat bantuan kewangan untuk membina atau mengembangkan perniagaan;
4. membantu ibu tunggal yang mempunyai perniagaan memasarkan produk serta perkhidmatan.

Sesuai dengan tujuan ini program, lawatan ke lokasi keusahawan yang telah berjaya iaitu Syarikat Haji Zainal bin Haji Safar dan Pusat Inkubator Makanan Perusahaan Kecil (IMPK), Kilanas adalah untuk memberi para peserta program untuk melihat sendiri perkembangan keusahawaan. Program lawatan ini juga adalah merupakan kesinambungan kepada Kursus ‘Keusahawanan’ yang telah selesai dikendalikan pada 10, 11 dan 12 April yang lalu.

Lawatan ‘Keusahawanan’ ini dihasratkan dapat memberi pendedahan kepada peserta program mengenai sektor-sektor perusahaan yang sedia ada di Negara Brunei Darussalam, disamping memperkenalkan mereka kepada sektor perniagaan dan perusahaan, lawatan ini juga dihasratkan untuk membuka mata dan minda serta menyuntik semangat agar mereka tidak putus-putus berusaha, mencontohi dan mengambil iktibar daripada apa yang mereka lihat dan dengar dalam lawatan ini nanti.

Di antara objektif-objektif utama lawatan ini adalah:

1. Memberikan pendedahan kepada Ibu-Ibu Tunggal mengenai proses-proses yang perlu dijalani dalam memulakan bidang perusahaan.
2. Menyampaikan maklumat tentang sektor perusahaan yang terdapat di dalam dan di luar negeri.
3. Memberikan informasi tentang perusahaan yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran Ibu Tunggal.
4. Memberikan pendedahan mengenai peluang-peluang di dalam sektor perusahaan yang sedia ada dan boleh diikuti.
5. Memberikan pendedahan kepada Ibu Tunggal mengenai pengalaman dan cabaran dalam memulakan bidang perusahaan.

Lawatan ini disertai oleh seramai 27 orang ibu tunggal yang telah dikenal pasti oleh Yayasan melalui Program Meningkatkan Keupayaan Ibu Tunggal. Disamping itu seramai 16 orang MENTOR yang terdiri daripada bekas pegawai kanan Kerajaan yang telah bersara dan pengusaha wanita sukarelawan yang akan membantu pihak YSHHB dalam menyelia, memantau dan membimbing para Mentee (peserta kursus) sepanjang program ini berjalan juga trurt serta semasa lawatan ini. Peranan para Mentor ini amatlah penting dalam memastikan mentee rasa terbantu, diberi bimbingan, sumber motivasi dan inspirasi.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Tabung Derma Khairat
Facebook Page rasmi YSHHB
Facebook Group rasmi BKPYSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086