Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ┬┤Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Pada hari Khamis, 29 Rabiulawal 1438 Hijrah bersamaan 29 Disember 2016, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan beberapa sumbangan seperti berikut:

1. Masjid Baru Bagi Kampong Tanjung Bunut

Selaras dengan tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang Ugama, Yayasan dari semasa ke semasa menghulurkan sumbangan kewangan untuk menampung kos pembinaan atau tambahan bangunan masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

Pada majlis ini, Yayasan memberikan sumbangan kewangan berjumlah B$100,000.00 bagi membiayai sebahagian perbelanjaan pembinaan masjid baru bagi Kampong Tanjung Bunut.

Sumbangan ini diterima oleh Yang Mulia Awang Abdul Aziz bin Haji Akop, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

2. Penduduk yang terlibat dalam Kejadian Kebakaran

Yayasan dari semasa ke semasa memberikan pemedulian terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Pada majlis ini, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah B$22,000.00 kepada lima buah keluarga yang mempunyai 20 ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampong Lurong Dalam pada 23 Disember 2016.

Senarai ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:

· Awang Matusin bin Gambon

· Awang Hazmi bin Matusin

· Dayang Marlina binti Matusin

· Dayang Hajah Khadijah binti Haji Modin

· Awang Mohd Radzuan bin Haji Modin

Dalam masa yang sama juga, Yayasan menyampaikan sumbangan dalam bentuk kupon bagi pembelian buku-buku dan peralatan sekolah kepada seramai tujuh orang pelajar dari keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah yang keseluruhannya berjumlah B$850.00.  Bantuan ini dihasratkan bagi membantu para pelajar tersebut menyediakan persediaan dan keperluan bagi memulakan sesi persekolahan pada awal tahun 2017 nanti.

 

Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Juga hadir ialah Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan; Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan, serta pegawai Yayasan.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Tabung Derma Khairat
Facebook Page rasmi YSHHB
Facebook Group rasmi BKPYSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086