Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Berita Terkini

Sumbangan Kewangan Kepada Mangsa Kebakaran

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka-mereka yang terlibat dalam musibah bencana kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Selengkapnya...

Buah Kurma Jenis ‘Safawy’ Bakal Dibahagikan Kepada Seluruh Umat Islam Di Negara Brunei Darussalam Menjelang Bulan Ramadan

Mesyuarat Penyelarasan Pembahagian Kurma Kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1438 Hijrah / 2017 Masihi pada hari Rabu, 8 Rejab 1438H bersamaan 5 April 2017 dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan).

Selengkapnya...

Majlis Perjumpaan Dan Sesi Retreat Alumni Graduan Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) melalui penganugerahan Biasiswa Skim Sultan’s Scholars telah pun berjaya menghasilkan graduan cemerlang dalam pelbagai bidang dan memperolehi ijazah dari universiti-universiti berprestij di luar negara, kini graduan-graduan Skim Sultan’s Scholars telah pun berkhidmat di negara ini. Adalah hasrat Yayasan bagi graduan cemerlang ini akan terus cemerlang menyumbang kepada pembangunan negara melalui pencembahan fikiran, keterlibatan dalam pelbagai usaha menyokong dan mendokong inisiatif kerajaan.

Selengkapnya...

Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pedagogi Pengajaran Jawi Bagi Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Pada bulan Januari 2013, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi penubuhan Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PPKKI-YSHHB). Penubuhannya ini dihasratkan bagi menjadi sebuah Pusat Pengajian yang pertama di negara ini yang melahirkan tenaga pakar dari kalangan belia Islam tempatan dalam bidang seni Islam khususnya seni mushaf, kaligrafi dan seni hiasan Islam.

Selengkapnya...

Sumbangan Kewangan Kepada Mangsa Kebakaran Dan Angin Kencang

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka-mereka yang terlibat dalam musibah bencana kebakaran rumah dan angin kencang. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Pada hari Selasa, 8 Jamadilakhir 1438H bersamaan 7 Mac 2017M, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$28,700.00 kepada lapan buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini di beberapa buah kampong di seluruh negara dan juga sebuah keluarga yang terlibat dalam kejadian angin kencang di Kampong Sungai Besar.

Selengkapnya...

Yayasan Hulurkan Sumbangan Bagi Pembinaan Masjid Baru Kampong Tanjung Bunut Dan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Pada hari Khamis, 29 Rabiulawal 1438 Hijrah bersamaan 29 Disember 2016, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan beberapa sumbangan seperti berikut:

1. Masjid Baru Bagi Kampong Tanjung Bunut

Selaras dengan tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang Ugama, Yayasan dari semasa ke semasa menghulurkan sumbangan kewangan untuk menampung kos pembinaan atau tambahan bangunan masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

Selengkapnya...

Yayasan Berikan Sumbangan Peralatan Persekolahan Kepada Pelajar-Pelajar Dari Keluarga Kurang Berkemampuan

Selaras dengan dasar dan tujuan Yayasan bagi memeduli kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya mereka yang kurang berkemampuan, pada hari Khamis, 8 Rabiulawal 1438H bersamaan 8 Disember 2016M, Yayasan menyampaikan sumbangan bantuan peralatan dan keperluan persekolahan kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Selengkapnya...

Yayasan Hulurkan Sumbangan Kepada Sebahagian Masjid/Surau/Balai Ibadat Di Seluruh Negara 1438H/2016M

Selaras dengan dasar dan tujuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam mempertingkatkan syiar Islam di negara ini, pada hari Selasa, 29 Safar 1438 bersamaan 29 November 2016, Yayasan menyampaikan sumbangan kepada beberapa buah masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

Sebanyak 45 buah masjid, surau dan balai ibadat menerima sumbangan kewangan khusus bagi mengadakan majlis atau aktiviti sempena Maulidur Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasallam bagi tahun 1438H/2016M. Jumlah sumbangan kewangan yang diberikan keseluruhannya ialah sebanyak B$37,950.00:

Selengkapnya...

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086