![]()
"Antara pelajar-pelajar yang terlibat Program 'Intervention' Pendidikan"
![]()
Seperti lazimnya Projek Kelas Tuisyen bagi murid-murid dan penuntut – penuntut ‘Low Achiever’ yang datangnya daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah diungkayahkan melalui Program ‘Intervention’ Pendidikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Sejak tahun 2006 hingga kini, Jumlah keramaian anak-anak yang telah dibantu adalah kira-kira seramai 686 orang. Pada tahun ini, jumlah keramaian murid dan penuntut yang mengikuti projek kelas tuisyen adalah seperti berikut:
| KETERANGAN | JUMLAH KERAMAIAN |
|---|---|
| Murid-murid Tahun 5 | 78 |
| Murid-murid Tahun 6 | 87 |
| Penuntut-penuntut Tahun 8 | 43 |
| Penuntut-penuntut Tahun 11 (Menengah 5) | 42 |
| JUMLAH KESELURUHAN | 250 |
Pada tahun ini, ianya diperluaskan lagi dengan memberikan tuisyen kepada murid-murid Tahun 5 dan penuntut – penuntut yang akan menduduki Peperiksaan BG CGE ‘O’ Level (Menengah 5). Untuk itu, kira-kira 65 orang Sukarelawan yang dilantik sebagai Ketua dan Tenaga Pengajar melibatkan diri bagi projek berkenaan. Projek Kelas Tuisyen, Program ‘Intervention’ Pendidikan YSHHB pada tahun ini telah bermula pada hari Ahad, 21 Rabiulawal 1431H bersamaan 07 Mac 2010M bertempat di Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Dengan diberikan program Motivasi daripada Bahagian Kaunseling & Bakat Kerja, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Penjara dan Biro Kawalan Narkotik. Tujuan motivasi ini diadakan adalah bagi mendisiplinkan murid – murid dan penuntut – penuntut berkenaan sebelum mengikuti pembelajaran.