Back
Next
title

Program Motivasi Belajar Sehari Suntuk "Mengharungi Dunia Globalisasi"

pic

 

 

"Antara pelajar-pelajar yang terlibat dalam Program Motivasi Belajar Sehari Suntuk"

 

 

 

 

 

Program Motivasi Belajar Sehari Suntuk "Mengharungi Dunia Globalisasi" anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan kerjasama dari Bahagian Kaunseling Bimbingan Bakat Kerja, Kementerian Pendidikan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan PMB/SPN21 Tahun 8 dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun 2009.  Program ini menyediakan aktiviti asas pengukuhan diri dan kemahiran-kemahiran belajar yang difikirkan penting bagi murid-murid dan penuntut-penuntut untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang dihadapi.

 

Program tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Isnin, 22 Jun 2009M bertempat di Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang mana majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Zaini bin Pengiran Haji Kamaluddin, Ahli Lembaga Pengarah yang juga selaku Ahli Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Pengerusi Program Intervention Pendidikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan turut dihadiri oleh sebahagian Pengarah dan Penolong-Penolong Pengarah Kementerian Pendidikan, Penolong-Penolong Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan serta Tenaga-Tenaga Pengajar yang telah dilantik.