![]()
"Sembahyang hajat bagi memohon dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan"
![]()
Program ´Intervention Pendidikan´ telah mengadakan Majlis Sembahyang Hajat dan Membaca Yasin yang bertujuan bagi memohon dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan bagi murid-murid PSR dan penuntut-penuntut SPN21 serta PMB yang mengikuti Projek Kelas Tuisyen tahun 2009. Majlis ini telah berlangsung pada hari Jumaat, 18 September 2009M pada jam 8.30 pagi bertempat di Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampong Bolkiah ´A´, Bandar Seri Begawan.
Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Zaini bin Pengiran Haji Kamaluddin, Ahli Lembaga Pengarah yang juga selaku AJK Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Pengerusi Program Intervention Pendidikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Pengarah dan Penolong-Penolong Pengarah dari Kementerian Pendidikan, Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan serta Tenaga Pengajar Relawan dan juga termasuk Ibu bapa serta penjaga.