Back
Next
title

Penyampaian Sijil Kursus Asas Komputer

pic

 

"Yang Mulia Dr Haji Awang Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Awang Abidin, Ahli Lembaga Pengarah selaku Pengerusi PBKK YSHHB (kiri) menyerahkan sijil kursus kepada salah seorang peserta"

 

 

 

 

Kursus Asas Komputer telah dibukakan dan ditawarkan kepada belia-belia dari kalangan penduduk Kampong Bolkiah ´A´ dan
Bolkiah ´B´ yang mana diadakan secara berperingkat. Bagi peringkat permulaan ini, seramai 15 orang peserta telah ikut serta dan dibahagikan kepada 3 pengambilan. Tempoh kursus tersebut telah berjalan selama tiga bulan sejak bulan April 2009 hingga Julai 2009. Kursus berkenaan dikendalikan oleh pengendali sekolah komputer iaitu, Focus Training and Consulting Sdn Bhd, Unit 1 & 2, Bangunan Hajah Nesbah, Simpang 600, Kampong Bunut, Jalan Tutong, Negara Brunei Darussalam.

 

Tujuan kursus ini diberikan adalah bagi mendedahkan para peserta kepada dunia teknologi maklumat melalui pembelajaran asas komputer di samping mendapatkan sijil pengiktirafan untuk menambah kemahiran diri bagi memudahkan mereka dalam mendapatkan pekerjaan.

 

Penyampaian sijil bagi kursus berkenaan telah diadakan pada hari Jumaat, 31 Julai 2009M bertempat di Balai Ibadat, yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Haji Awang Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Awang Abidin, Ahli Lembaga Pengarah selaku Ahli Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.