Back
Next
title

Perasmian Mini Perpustakaan Kampong Bolkiah

pic

 

"Yang Mulia Awang Haji Mohd Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Pengerusi PBSE YSHHB merasmikan Mini Perpustakaan Kampong Bolkiah"

 

 

 

 

Mini Perpustakaan di Kampong Bolkiah telah ditubuhkan dan dirasmikan pada hari Jumaat, 31 Julai 2009M bertempat di Cawangan Pejabat Bolkiah ´B´ dirasmikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Pengerusi Projek Bantuan untuk Meningkatkan Sosio-Ekonomi Ke Arah Membasmi Kemiskinan YSHHB. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah selaku Ahli Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pengarah Urusan, Penolong-Penolong Pengarah Urusan dan Pegawai-Pegawai Kanan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta Ahli Jawatankuasa Tadbir Kampong berkenaan.

 

Antara tujuan penubuhan Mini Perpustakaan berkenaan adalah untuk menanamkan dan memupuk minat suka membaca di kalangan penduduk kampong sebagai satu gaya hidup masyarakat ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan dan kreatif.

 

Buku-buku yang ada di dalam Mini Perpustakaan tersebut telah disumbangkan oleh beberapa buah Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Swasta dan orang-orang persendirian. Di antaranya adalah seperti Jabatan Penerangan, Bahagian Perhubungan Awam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Syarikat Hanafi Konsaltan Sdn Bhd, Jabatan Pusat Dakwah Islamiah, Jabatan Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Muzium-muzium Brunei dan Pusat Sejarah Brunei.