![]()
"Bergambar ramai setelah kerja-kerja bergotong-royong sempena menjelangnya bulan Ramadhan 1430H yang diadakan di Masjid Kampong Kiudang"
![]()
Satu aktiviti kemasyarakatan telah diadakan di Masjid Kampong Kiudang, Tutong pada hari Ahad, 16 Ogos 2009M bermula pada jam 8.30 Pagi. Projek Bantuan Kecemasan dan Kemasyarakatan di bawah Unit Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan kerja-kerja amal bergotong-royong sempena menjelangnya bulan Ramadhan 1430H.
Kerja-kerja pembersihan turut dihadiri oleh Yang Mulia Dr Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan juga ahli-ahli sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dari Daerah Brunei Muara dan Tutong. Di samping itu juga kerja-kerja kemasyarakatan ini juga diharap akan dapat merapatkan lagi tali silaturahim sesama ahli sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.