Back
Next
title

Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

pic

 

 

"Yang Mulia Awg Hj Abd Hamid bin Hj Janudin

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan menyerahkan sumbangan"

 

 

 

Pada hari ini Juma’at, 15 Jamadilawal 1431H bersamaan 30hb April 2010M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) melalui Unit Sukarelawan Yayasan dibawah Jawatankuasa Kerja Projek Memeduli Warga Emas dan Keluarga Yang Memerlukan Bantuan (PAWEK) telah mengadakan satu majlis penyampaian sumbangan kepada Awang Abdul Hamid bin Mohd Zain iaitu seorang warga emas yang sangat memerlukan bantuan. Awang Abdul Hamid bin Mohd Zain berumur 75 tahun menetap di Kampong Sungai Besar telah mengalami penyakit lumpuh sejak empat tahun yang lalu dan pada masa ini beliau tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi. Manakala rumah yang didiami oleh Awang Abdul Hamid bin Mohd Zain bersama dengan anak perempuannya  beserta suaminya dan sembilan orang cucu mengalami beberapa kerosakkan.

 

Sehubungan dengan itu, selaras dengan tujuan penubuhannya iaitu memberikan pemedulian terhadap kesejahteraan hidup warga emas khususnya mereka yang terdiri daripada golongan yang memerlukan bantuan, Unit Sukarelawan Yayasan dibawah Jawatankuasa Kerja PAWEK telah menyumbangkan beberapa kelengkapan bilik tidur dan juga keperluan asas kepada Awang Abdul Hamid bin Mohd Zain. Hadir bagi menyampaikan sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Janudin, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja PAWEK.   

 

Turut hadir ialah beberapa orang pegawai-pegawai kanan dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.