![]()
"Yang Mulia Awang Haji Hamid bin Haji Janudin, Ahli Lembaga Pengarah YSHHB selaku Ahli Jawatankuasa Sukarelawan YSHHB dan Pengerusi PAWEK (tengah) dan Dayang Saadiah binti Ahmad bergambar ramai"
![]()
Pada hari Ahad, 25 Oktober 2009 telah diadakan aktiviti amal dan kemasyarakatan di rumah Dayang Saadiah binti Ahmad, bertempat di Kampong Panchur Papan, Daerah Tutong, Negara Brunei Darussalam. Aktiviti tersebut adalah anjuran Unit Sukarelawan Yayasan melalui Jawatankuasa Kerja Projek Amal Memeduli Warga Emas Dan Keluarga Yang Memerlukan Bantuan (PAWEK).
Dayang Saadiah binti Ahmad adalah seorang yang mengalami lumpuh sebelah kaki sejak lebih dari 10 tahun yang lalu dan beliau sekarang menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Kerja-kerja yang dilaksanakan adalah di sekitar rumah Dayang Saadiah termasuk di dalam bilik tersebut, iaitu kerja-kerja seperti membaiki kerosakan-kerosakan yang terdapat di dalam bilik dan tandas bilik tersebut dan juga membersihkan dan membisaikan bilik tidur berkenaan. Selain itu juga, pihak Yayasan telah menyumbangkan sebuah katil baru berserta tilam dan bantal.
Antara yang terlibat dalam projek amal ini adalah beberapa orang sukarelawan Yayasan di Daerah Tutong dan Persatuan PATANI.