Back
Next
title

Aktiviti Amal di Rumah Dayang Nur Sabrina binti Abdullah Jingga

pic

 

 

"Kerja-kerja mengecat dijalankan oleh para sukarelawan"

 

 

 

 

 

 

Pada hari Ahad, 22 November 2009, Unit Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) melalui Jawatankuasa Kerja Projek Memeduli Warga Emas dan Keluarga Yang Memerlukan Bantuan (PAWEK) dalam usahanya mengelinga kebajikan rakyat di negara ini akan mengadakan satu aktiviti amal iaitu kerja-kerja kemasyarakatan membersihkan kawasan dalam dan luar rumah bagi seorang warga emas iaitu Dayang Nur Sabrina binti Abdullah Jingga di Kampong Selapon, Mukim Batu Apoi, Daerah Temburong.

 

Aktiviti amal ini akan melibatkan beberapa orang sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Daerah Temburong dan rakan-rakan strategik Unit Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang terdiri daripada Persatuan Bekas Parajurit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Unit Dakwah Daerah Temburong (UDTM) dan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong.

 

Turut hadir bagi sama-sama menjayakan aktiviti amal ini adalah pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Yayasan.