Back
Next
title

 

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Hulurkan Sumbangan B$283,940.00

pic

 

“Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Somalia kepada Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Timbalan Penasihat Jawatankuasa Tabung berkenaan (kanan)”

 

 

Selaras dengan wawasan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam memberikan bantuan dan perkhidmatan kepada masyarakat, pada pagi Khamis, 19 Muharram 1433H bersamaan 15 Disember 2011, Yayasan menyampaikan beberapa sumbangan kewangan seperti berikut:

 

1. Tabung Kemanusiaan Somalia dan Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Thailand dan Cambodia

 

  1. Sumbangan kewangan sebanyak B$50,000.00 adalah disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Somalia.

  2. Manakala sumbangan kewangan sebanyak B$100,000.00 adalah disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Thailand dan Cambodia.

 

Kedua-dua sumbangan tersebut diserahkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan kepada Yang Mulia Datin Paduka Hajah Adina binti Haji Othman, Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Timbalan Penasihat Jawatankuasa Tabung berkenaan.

 

 

2. Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs)

 

  1. Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam menerima sumbangan kewangan sebanyak B$50,000.00. Sumbangan ini adalah merupakan sumbangan tahunan Yayasan kepada Pusat berkenaan iaitu bagi tahun 2011. Sumbangan ini dihasratkan bagi mendukung usaha murni Pusat ini dalam menyediakan perkhidmatan dan latihan kepada insan-insan istimewa yang kurang upaya dari segi anggota dan intelek untuk membolehkan mereka mencapai potensi ke tahap maksimum. Yayasan telah memberikan sumbangan tahunan kepada Pusat ini iaitu bermula pada tahun 2001.

    Sumbangan diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.


  2. Persatuan Bagi Pengurusan Autism Dalam Latihan, Pendidikan Dan Sumber (SMARTER) Brunei menerima sumbangan kewangan sebanyak B$50,000.00. Sumbangan dari Yayasan ini adalah bagi membantu membiayai pengurusan dan pengendalian kegiatan-kegiatan Persatuan SMARTER Brunei. Persatuan SMARTER Brunei ialah persatuan bagi sekumpulan ibu-bapa yang mempunyai anak yang menghidapi autisma.

    Sumbangan diterima oleh Yang Mulia Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman, Yang di-Pertua Persatuan SMARTER Brunei.

 

 

3. Masjid Kampong Selangan, Daerah Temburong

 

Sebagai salah satu usaha Yayasan bagi mentakmirkan masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara, Yayasan telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak B$2,810.00 kepada Masjid Selangan, Daerah Temburong bagi mengadakan Pertandingan Membaca Al-Quran dan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim Bahagian Dewasa Peringkat Masjid Kampong Selangan Bagi Tahun 1433 Hijrah / 2011 Masihi.

 

Pertandingan ini adalah merupakan aktiviti tahunan anjuran Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Selangan dan salah satu tujuannya adalah sebagai salah satu usaha untuk mentakmirkan masjid dan sama-sama berusaha untuk menunaikan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah ‘Negara Zikir’.

 

Hadir bagi menerima sumbangan ini ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd. Yusoff bin Haji Ahad, Imam Masjid Kampong Selangan.

 

 

4. Persatuan Muslimah Saudara-Saudara Baru Kampong Bukit Tutong

 

Dalam usaha Yayasan bagi mempertingkatkan syiar Islam di negara ini, Yayasan sentiasa memberikan sokongan kepada aktiviti-aktiviti gerakan dakwah Islamiah di negara ini. Bagi tujuan tersebut, Yayasan memberikan sumbangan kewangan sebanyak B$730.00 kepada Persatuan Muslimah Saudara-Saudara Baru Kampong Bukit Tutong untuk mengadakan Walkathon Amal Bagi Mengutip Derma Tabung Kemanusiaan Somalia.

 

Hadir bagi menerima sumbangan ini ialah Yang Mulia Awang Ramlee bin Haji Hidup, Pemangku Bilal Masjid Kampong Bukit, Daerah Tutong.

 

 

5. Beberapa keluarga yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah

 

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang kebajikan adalah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban yang ditanggung dan dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

 

Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$30,400.00 kepada 10 buah keluarga yang terdiri daripada 43 orang ahli keluarga yang terlibat dalam beberapa kejadian kebakaran di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Tutong baru-baru ini.

 

Senarai ketua keluarga yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:

 

Kampong Kilanas

1. Awang Haji Tawar bin Haji Liman

2. Dayang Hajah Sabdiah binti Haji Morni

3. Awang Md Abi Rahmat bin Haji Tawar

4. Dayang Norhidayati binti Haji Tawar

5. Awang Mohd Syukri bin Haji Tawar

 

Kampong Sengkurong

6. Awang Haji Udin bin Haji Hassan

 

Kampong Pengkalan Gadong

7. Dayang Ang Giok Chan

 

Kampong Bukit Beruang

8. Dayang Hasnah binti Nassir

9. Awang Omarali bin Haji Alim

10. Dayang Siti Umi Kalthum binti Johari

 

 

Kesemua sumbangan Yayasan pada pagi ini disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan; pegawai-pegawai kanan Kerajaan dan Yayasan.

 

top