Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Hulurkan Sumbangan Lebih B$25,000.00
![]()
“Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Yang Di-Pertua Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam (kanan)”
Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan adalah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah bencana alam. Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban yang ditanggung dan dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
1. Sumbangan B$16,600.00 Kepada Beberapa Keluarga Yang Terlibat Dalam Musibah Bencana Alam
Pada pagi ini, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$16,600.00 kepada 12 buah keluarga yang terlibat dalam beberapa kejadian kebakaran rumah, angin kencang dan rumah roboh di Daerah Brunei dan Muara baru-baru ini. Senarai ketua keluarga yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:
Mereka yang terlibat dalam Kebakaran dengan sumbangan berjumlah B$14,000.00
RPN Kampong Rimba
1. Pengiran Haji Bolkiah bin Pengiran Haji Jaluddin
Barek Polis Muara
2. Awang Idut Suking Anak Uding
3. Awang Kirah Anak Lunyung
4. Lance Kopral Yunos bin Haji Besar
5. Awang Jefri Anak Igat
6. Awang Mohd Azimi bin Haji Samsuddin
7. Awang Muhd Khairul Annuar bin Abdullah
8. Awang Fakrual Razi bin Mohd Sofian Kampong Tanah Jambu
9. Awang Haji Tuah bin Haji Alias
Mereka yang terlibat dalam bencana Mangsa Bencana Angin Kencang dengan sumbangan berjumlah B$2,000.00
Kampong Jerudong
10. Dayang Hajah Suboh binti Haji Pudin
11. Anah binti Tinggal/Tingal
Rumah Roboh dengan sumbangan berjumlah B$600.00
Kampong Ujong Klinik
12. Mohamimin bin Haji Abdullah
Selaras dengan wawasan Yayasan dalam memberikan bantuan dan perkhidmatan kepada masyarakat, pada pagi ini juga Yayasan menyampaikan beberapa sumbangan kewangan kepada agensi bukan kerajaan dan juga persatuan. Sumbangan-sumbangan tersebut adalah seperti berikut:
1. Sumbangan Tajaan Bagi Membiayai Sebahagian Perbelanjaan Pengendalian Aktiviti-Aktiviti ‘39th SEANET Convention 2011’
Sebagai sokongan kepada badan bukan kerajaan dalam menganjurkan program yang bermanfaat, Yayasan telah memberikan sumbangan berupa bantuan kewangan berjumlah sebanyak B$4,700.00 kepada Persekutuan Radio Amatur Negara Brunei Darussalam (BDARA) bagi menaja sebahagian daripada perbelanjaan mengendalikan aktiviti-aktiviti ‘39th SEANET Convention 2011’ yang akan diadakan pada 17 hingga 21 November 2011.
Konvensyen SEANET (South East Asia Net) adalah konvensyen tahunan bagi ahli-ahli Amatur Radio negara-negara asia dan pada tahun ini Negara Brunei Darussalam telah dipilih menjadi tuan rumah Konvensyen SEANET ke-39. BDARA adalah satu-satunya Persekutuan Amatur Radio yang diiktiraf oleh International Amateur Radio Union (IARU) di Negara Brunei Darussalam. Persekutuan ini bergiat aktif dalam membantu agensi-agensi Kerajaan dalam kerja-kerja berkebajikan seperti membantu Kementerian Keudayaan, Belia dan Sukan dalam membimbing belia-belia membuat kerja-kerja amal kebajikan. Di samping itu, persekutuan ini juga aktif dalam membantu Pusat Bencana Kebangsaan dalam masa kecemasan, membantu dari segi bantuan perhubungan.
Konvensyen yang akan diadakan ini akan memberi peluang rakan amatur radio untuk bersemuka dan mengeratkan silaturrahim antara peserta dan juga berkongsi pengalaman dalam hal-hal teknikal radio komunikasi yang diperolehi melalui eksperimen yang dilaksanakan di samping untuk mempromosikan kegiatan dan peranan radio amatur kepada masyarakat.
Hadir bagi menerima sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Mejar (B) Haji Tamat bin Haji Lampoh, Timbalan Setiausaha Agong BDARA.
2. Sumbangan Tajaan Bagi Mengadakan Persidangan Serantau Perpustakaan, Arkib dan Muzium
Sebagai sokongan kepada persatuan dalam menganjurkan program yang bermanfaat, Yayasan juga memberikan sumbangan berupa bantuan kewangan sebanyak B$4,600.00 bagi menaja sebahagian daripada perbelanjaan bagi mengadakan Persidangan Serantau Perpustakaan, Arkib dan Muzium anjuran Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam yang akan diadakan mulai 30 November 2011 hingga 2 Disember 2011.
Salah satu tujuan penubuhan persatuan ini adalah menyatupadukan semua pustakawan dan mereka yang terlibat dengan perpustakaan dan pengurusan maklumat. Antara tujuan lain adalah untuk mendukung keperluan pendidikan dan penyelidikan di semua peringkat pengajaran dan pembelajaran dan menjadikan perpustakaan dan pusat maklumat sebagai pusat pembelajaran secara informal dan sepanjang hayat.
Persidangan ini nanti akan memberi peluang kepada rakyat dan penduduk negara ini untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai pembaikan, peningkatan dan perkembangan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.
Hadir bagi menerima sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Dayang Nellie binti Dato Paduka Haji Sunny, Yang Di-Pertua Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam.
Dengan jumlah keseluruhan sebanyak B$25,900.00, sumbangan-sumbangan daripada Yayasan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
![]()