Back
Next
title

 

Dayang Saunah Binti Abu Bakar Menerima Bantuan
Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

pic

 

 

“Hadir bagi menyempurnakan majlis memulakan tiang rumah ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan ”

 

 

 

Pembinaan rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada mereka yang kurang berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat bagi mewujudkan kehidupan berkeluarga yang aman dan harmoni.

 

Pada hari Selasa, 19 Zulhijjah 1432H bersamaan 15 November 2011, diadakan majlis memulakan tiang rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Birau, Daerah Tutong bagi Dayang Saunah binti Abu Bakar berusia 42 tahun.

 

Kos bagi mendirikan pembinaan rumah bantuan tersebut menelan belanja sebanyak B$43,500.00 yang berkonsepkan tiga (3) buah bilik tidur dilengkapi dengan bilik tamu, dapur dan tandas.

 

Hadir bagi menyempurnakan majlis memulakan tiang rumah bantuan ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Masjid YSHHB merupakan sebuah lagi masjid yang diwakafkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu antara beberapa buah masjid wakaf Baginda di Negara Brunei Darussalam.


Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Penghulu, Ketua Kampong dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat.

 

top