Back
Next
title

 

Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil serta Doa Kesyukuran sempena 11 Tahun Penggunaan Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (2000 – 2011)

pic

 

 

“Yang Mulia Imam Airwan bin Haji Malik, Imam Masjid YSHHB (kanan) mengetuai pembacaan Surah Yaasin dan Tahlil”

 

 

 

Pada hari Khamis, 14 Zulhijjah 1432H bersamaan 10 November 2011, Majlis Membaca Surah Yaasin dan Bertahlil serta Doa Kesyukuran sempena 11 Tahun Penggunaan Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah diadakan di Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).

 

Sejurus selepas Sembahyang Fardu Maghrib dan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah, majlis segera dimulakan dengan membaca Surah Yaasin dan bertahlil beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Imam Airwan bin Haji Malik, Imam Masjid YSHHB. Doa Kesyukuran kemudian dibacakan oleh Yang Mulia Mohd. Redzuan bin Haji Marjuki, Pegawai Hal Ehwal Masjid selaku Ketua Pentadbir, Masjid YSHHB.

 

Sebelum majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kenangan kepada Imam yang pernah bertugas di Masjid YSHHB iaitu Yang Mulia Imam Haji Mazlan bin Maimon, Yang Mulia Imam Md Ramlee bin Hj Ladis dan Yang Mulia Imam Md Azri bin Abdullah, dan tidak ketinggalan Bilal yang pernah bertugas di masjid tersebut iaitu Yang Mulia Awang Shahminan bin Hj Matzin, Ketua Kampong Bolkiah ‘A’ , Yang Mulia Bilal Hj Osman bin Ali dan Yang Mulia Bilal Afendi bin Haji Taha.

 

Hadir di majlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Ahmad Rithaudin bin Haji Sabtu, Pegawai Tugas-Tugas Khas YSHHB. Juga hadir ialah Yang Mulia Awang Shahminan bin Haji Matzin, Ketua Kampong Bolkiah ‘A’; Yang Mulia Awang Samsuddin bin Haji Maidin, Ketua Kampong Bolkiah ‘B’; Yang Mulia Haji Suhaimi bin Haji Md Noor, Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara; Yang Mulia Haji Hamrin bin Haji Mangshor, Pegawai Zon Brunei I; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid YSHHB serta penduduk Kampong Bolkiah ‘A’ dan ‘B’.

 

Masjid YSHHB merupakan sebuah lagi masjid yang diwakafkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu antara beberapa buah masjid wakaf Baginda di Negara Brunei Darussalam.


Masjid YSHHB terletak di Kampong Bolkiah ‘A’, Mukim Sungai Kebun dengan keluasan 2.4 hektar. Pembinaan masjid ini bertujuan untuk memberi kemudahan tempat beramal ibadat yang lebih selesa dan sempurna kepada penduduk dalam Rancangan Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampong Bolkiah ‘A’ dan ‘B’ serta kampong-kampong di sekitarnya. Sebelum ini penduduk Rancangan Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mendirikan Sembahyang Fardu Jumaat dan mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka di balai ibadat Kampong Bolkiah ‘A’ dan ‘B’ iaitu sebuah rumah yang telah diubahsuai untuk dijadikan balai ibadat.

 

top