Back
Next
title

 

Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada

Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun

 

pic

 

“ Pada hari Rabu, 27 Syawal 1432 Hijrah bersamaan 28 September 2011 Masehi, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$50,000.00 kepada Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun.”

 

 

Berikutan daripada kejadian bencana Gempa Bumi dan Tsunami yang melanda di Jepun, beberapa agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan, sektor swasta serta orang perseorangan dari segenap lapisan masyarakat telah tampil kehadapan untuk membuat sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Gempa Bumi dan Tsunami. Sehubungan dengan ini, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) juga turut sama menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan bebanan mangsa yang terlibat.

 

Pada hari Rabu, 27 Syawal 1432 Hijrah bersamaan 28 September 2011 Masehi, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$50,000.00 kepada Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun.

 

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada Yang Berhormat Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Penasihat Bersama Tabung Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun.