Back
Next
title

Sebahagian Masjid, Surau Dan Balai Ibadat Di Seluruh Negara Menerima Sumbangan Dari Yayasan

pic

 

 

"Sumbangan-sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada imam-imam masjid, surau dan balai ibadah yang berkenaan "

 

 

 

 

 

Pada hari Isnin, 21 Sya’aban 1431H / 02hb Ogos 2010M telah diadakan majlis penyampaian sumbangan kewangan kepada sebahagian masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara bagi mengadakan majlis dan aktiviti dibulan Ramadhan. Ini adalah merupakan projek tahunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang ugama iaitu sebagai salah satu usaha Yayasan bagi menta’mirkan masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara selaras dengan dasar dan tujuan penubuhannya dalam mempertingkatkan syiar Islam di negara ini. Bagi bulan Ramadhan 1431H / 2010M, Yayasan menyumbangkan sebanyak B$42,500.00 (Ringgit Brunei: Empat Puluh Dua Ribu Lima Ratus Sahaja) kepada enam puluh lima (65) buah masjid, surau dan balai ibadah di keempat-empat Daerah di seluruh negara.

 

Sumbangan-sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada imam-imam masjid, surau dan balai ibadah yang berkenaan.

 

Turut hadir di majlis ini ialah Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Hal-Ehwal Masjid, Imam-Imam dan pegawai-pegawai masjid yang berkenaan serta pegawai-pegawai Yayasan.

top