Back
Next
title

Dayang Rosita Bte Haji Mohammad Ali Menerima Anak Kunci Rumah Bantuan Melalui Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

pic

 

 

"Hadir dimajlis ini bagi menyempurnakan penyerahan anak kunci rumah bantuan bagi Dayang Rosita binti Haji Mohd Ali ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman "

 

 

 

 

 

Pembinaan rumah bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat bagi mewujudkan kehidupan berkeluarga yang aman dan harmoni. Disamping itu ia adalah merupakan salah satu usaha bagi mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat di Negara Brunei Darussalam.

 

Pada 17 Sya’aban 1431H bersamaan 29 Julai 2010 Masehi, diadakan majlis penyerahan sebuah rumah bantuan iaitu di bawah skim perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Mulaut, Mukim Sengkurong, Daerah Brunei dan Muara bagi Dayang Rosita binti Haji Mohd Ali. Sebelum ini Dayang Rosita tinggal di sebuah pondok bersama suami dan 4 orang anak mereka yang berumur diantara 4 tahun hingga 23 tahun setelah rumah kepunyaan bapanya mengalami kebakaran pada pertengahan tahun 2000 yang lalu.

Kos bagi mendirikan pembinaan rumah bantuan Dayang Rosita binti Haji Mohd Ali ini menelan belanja sebanyak B$42,500.00 (Ringgit Brunei : Empat Puluh Dua Ribu Lima Ratus Sahaja) dan mempunyai tiga (3) buah bilik tidur dengan dilengkapi bilik tamu, dapur dan tandas.

 

Hadir dimajlis ini bagi menyempurnakan penyerahan anak kunci rumah bantuan bagi Dayang Rosita binti Haji Mohd Ali ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Ketua Kampong Mulaut, Pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang terlibat dan Pegawai-pegawai kanan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

top