Back
Next
title

Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

pic

 

 

"Kesemua sumbangan-sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud "

 

 

 

 

 

Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli keluarga baginda iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.

 

Selaras dengan wawasan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam memberikan bantuan dan perkhidmatan kepada masyarakat, pada pagi ini Sabtu, 5 Syaaban 1431H bersamaan 17hb Julai 2010M, Yayasan menyampaikan beberapa sumbangan kewangan kepada beberapa buah agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan. Sumbangan-sumbangan tersebut adalah seperti berikut:

1. Sumbangan berupa kelengkapan penyempurnaan jenazah kepada sebahagian masjid, surau dan balai ibadat

 

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang keugamaan adalah menghulurkan bantuan kepada masjid, surau dan balai ibadat samada berupa kewangan, material dan sebagainya. Untuk itu, bagi memberikan kemudahan kepada pihak masjid, surau dan balai ibadat khususnya dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah di samping memberikan kemudahan kepada para penduduk persekitaran, Yayasan menyumbangkan kelengkapan penyempurnaan jenazah kepada tujuh (5) buah masjid-masjid dan (2) buah balai ibadat iaitu:

 

Daerah Brunei & Muara

1) Masjid Kg Menteri

2) Masjid Kg Pelambayan Daerah Tutong

3) Masjid Kampong Lamunin

4) Masjid Kampong Sinaut Daerah Belait

5) Masjid Pekan Seria Daerah Temburong

6) Balai Ibadat Kg Semabat.

7) Balai Ibadat Kg Piasau-Piasau.

 

Hadir bagi menerima sumbangan-sumbangan ini adalah Imam-iman bagi setiap masjid dan balai ibadat tersebut.

 

2. Sumbangan kewangan kepada Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja Salah satu tujuan Yayasan dalam bidang kebajikan ialah menanam dan memupuk semangat kecemerlangan dalam bidang sosio-budaya dengan memberi sokongan kepada projek dan program dalam bidang kebudayaan. Sebanyak B$5,000.00 (Ringgit Brunei: Lima Ribu sahaja) disumbangkan untuk membiayai sebahagian daripada kos pameran bagi majlis Pelancaran Buku Dan Pameran ‘Pautan Kasih’: Istiadat Perkahwinan Diraja Diantara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Dan Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Pengiran Anak Sarah.

 

Hadir bagi menerima sumbangan ini ialah Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti haji Wahsalfelah,Pengarah Akademi Pengajian Brunei Selaku Setiausaha/Ketua Urus Setia Majlis Pelancaran Buku Dan Pameran ‘Pautan Kasih’: Istiadat Perkahwinan Diraja Diantara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Dan Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Pengiran Anak Sarah.

 

3.Sumbangan kewangan kepada Persatuan Penterjemah Brunei Sebanyak B$4,995.00 (Ringgit Brunei: Empat Ribu Sembilan Ratus Sembilan Puluh Lima sahaja) disumbangkan kepada Persatuan Penterjemah Brunei bagi perbelanjaan menghadiri Persidangan Antarabangsa Penterjemahan dan Kepelbagaian Budaya di Universiti Melaya Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 23-25 Julai 2010.

 

Hadir bagi menerima sumbangan ini ialah Awang Haji Abdul Momin bin Awang Tengah,Yang Dipertua Persatuan Penterjemah Brunei.

 

4. Sumbangan kepada Persekutuan Radio Amatur Negara Brunei Darussalam Sebanyak B $ 4,800.00 (Ringgit Brunei: Empat Ribu Lapan Ratus sahaja) disumbangkan bagi mengikuti Festival Radio Amatur Se-Borneo 2010 Kali Ke 6 yang berupa “inkind’ iaitu bagi pembelian sebanyak 300 biji beg sikut (bag-pack).

 

Hadir bagi menerima sumbangan ini ialah Haji Yacob bin Dato Paduka Haji Sunny, Setiausaha Agung Radio Amatur Negara Brunei Darussalam. Kesemua sumbangan-sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Turut hadir di majlis ini ialah Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

top