Back
Next
title

Majlis Penyerahan Derma Dan Mesyuarat Pembubaran Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Haiti Dan Chile

pic

 

 

"Yayasan juga menyampaikan sumbangan hasil kutipan dari orang ramai melalui penempatan kotak tabung di Kompleks Bangunan Yayasan iaitu berjumlah B$ 6,103.93 "

 

 

 

 

 

Berikutan dengan kejadian gempa bumi yang telah melanda di kepulauan Haiti dan negara Chile pada awal tahun 2010 yang lalu, beberapa buah agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan, sektor swasta serta orang perseorangan dari segenap lapisan masyarakat telah tampil untuk memberi sumbangan bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat.

 

Pada petang hari Isnin, 29 Rejab 1431 bersamaan 12hb Julai 2010, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$15,000.00 (Ringgit Brunei: Lima Belas Ribu Sahaja) kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Haiti dan Chile. Disamping itu, Yayasan juga menyampaikan sumbangan hasil kutipan dari orang ramai melalui penempatan kotak tabung di Kompleks Bangunan Yayasan iaitu berjumlah B$ 6,103.93 (Ringgit Brunei: Enam Ribu Satu Ratus Tiga Ringgit dan Sen Sembilan Puluh Tiga Sahaja) Kedua-dua sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada Datin Hajah Adina binti Othman, Timbalan Menteri di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

top