Back
Next
title

Mangsa Kebakaran Mendapat Bantuan Dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

pic

 

 

"sumbangan dari Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud "

 

 

 

 

 

Yayasan menyampaikan sumbangan derma kebakaran pada hari Isnin, 15 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 28hb Jun 2010 Masehi kepada Dayang Sintam binti Mohamad yang keseluruhannya berjumlah B$1,700.00 (Ringgit Brunei: Satu Ribu Tujuh Ratus Sahaja) beserta beberapa barangan keperluan asasi. Bertempat di rumah Ketua Kampong Belimbing Subok, sumbangan dari Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Kebakaran yang berlaku pada 22hb Jun 2010 yang lalu telah menyebabkan Dayang Sintam binti Mohamad kehilangan tempat tinggal dan sebahagian besar peralatan rumah musnah dalam kejadian tersebut. Turut hadir dimajlis ini ialah Ketua Kampong Belimbing, beberapa orang pegawai-pegawai-pegawai kerajaan dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

top