Back
Next
title

Projek Titian Amal Membaik Pulih Rumah Kediaman Dayang Hajah Intan Binti Kula

pic

 

 

"Sijil Penyiapan terhadap bantuan pembaikan rumah milik

Dayang Hajah Intan bte Kula "

 

 

 

 

 

Pada petang hari Juma’at 28 Jamadilakhir 1431H bersamaan 11hb Jun 2010M, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyampaikan Sijil Penyiapan terhadap bantuan pembaikan rumah milik Dayang Hajah Intan bte Kula. Projek ini adalah Projek Titian Amal yang dikendalikan oleh ABDB bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei ke-49 pada tahun 2010. Bantuan tenaga dan kepakaran bagi projek ini diungkayahkan oleh ABDB manakala kos pembelian barang-barang (‘material’) dibiayai bersama oleh Yayasan dan juga Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) yang keseluruhannya berjumlah B$8,710.00 (Ringgit Brunei: Lapan Ribu Tujuh Ratus Sepuluh Sahaja). Yayasan menyumbangkan sebanyak B$3,710.00 (Ringgit Brunei: Tiga Ribu Tujuh Ratus Sepuluh Sahaja) dan JAPEM sebanyak B$5,000.00 (Ringgit Brunei: Lima Ribu Sahaja).

 

Hadir bagi menyempurnakan majlis ini ialah Yang Mulia Datin Paduka Hajah Adina bte Othman, Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Memangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; dan Yang Mulia Brigadier General Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei.

top