![]()
"Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud Menyampaikan Sumbangan"
![]()
Pada hari ini, Rabu, 26 Jamadilakhir 1431H bersamaan 09hb Jun 2010M, Yayasan menyampaikan sumbangan yang keseluruhannya berjumlah B$11,400.00 (Ringgit Brunei: Sebelas Ribu Empat Ratus Sahaja) kepada tiga penerima seperti berikut:-
Pada petang ini, Yayasan mengadakan majlis penyampaian sumbangan derma kepada Awang Abu Bakar @ Ayub bin Haji Abdul Wahab iaitu mangsa kebakaran rumah yang terjadi pada 01hb Jun 2010 yang lalu di Flat Polis Kawalan Diraja, Kampong Beribi. Kejadian tersebut telah menyebabkan hampir kesemua perabot dan peralatan rumah ranap dijilat api yang dipercayai berpunca dari pendawaian elektrik.
Di majlis ini, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$1,400.00 (Ringgit Brunei: Satu Ribu Empat Ratus Sahaja) kepada keluarga Awang Abu Bakar @ Ayub bin Haji Abdul Rahman yang terdiri daripada lima (5) orang ahli keluarga.
Sumbangan tersebut dalam bentuk kewangan berjumlah B$5,000.00 (Ringgit Brunei: Lima Ribu Sahaja) adalah bagi menaja perbelanjaan bagi mengadakan Program Membina Nilai Insan Melalui Masjid yang akan diadakan di Masjid Kampong Bukit Udal, Tutong. Program kerjasama diantara Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Bukit Udal, Tutong dan Majlis Perundingan Kampong Bukit Udal ini dicadangkan akan berlangsung selama empat hari bermula dari 15hb Jun 2010 hingga 18hb Jun 2010. Hadir bagi menerima sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Awang Hazman bin Haji Hussin, Imam Masjid Kampong Bukit Udal, Tutong.
Program perkhemahan ini yang mana sasarannya ialah belia-belia yang berumur 10 hingga 18 tahun antara lain bertujuan untuk membudayakan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan membina jati diri belia-belia dari terikut-ikut kegiatan negative. Disamping itu ianya juga adalah bertujuan bagi menggerakkan penduduk kampong berkongsi ilmu dan pengalaman dan membuka minda para belia dengan aktiviti yang berfaedah dan berguna.
Sumbangan kewangan sebanyak B5,000.00 (Ringgit Brunei: Lima Ribu Sahaja) sebahagian perbelanjaan bagi mengadakan Pertemuan Penyair Nusantara Ke-4 2010 yang mana akan diadakan selama tiga hari bermula dari 16 Julai 2010 hingga 18 Julai 2010. Pertemuan yang mana dibukakan kepada semua pemusi di rantau Nusantara dihasratkan akan dapat mempromosi dan mencanangkan seterusnya membincangkan tokoh dan karya Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien III disamping ianya juga akan dapat mengangkat dan meyebarluaskan pengiktirafan negara terhadap Muda Omar ‘Ali Saifuddien (Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien) sebagai Tokoh Sasterawan Islam Brunei Darussalam dan Almarhum Pengiran Shahbandar Mohd Salleh sebagai Pelopor Kesusasteraan Moden Brunei Darussalam. Hadir bagi menerima sumbangan ini ialah Prof Madya Ampuan Dr. Hj Brahim bin Ampuan Hj Tengah, Ketua I, Asterawani Brunei Darussalam
Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Juga hadir adalah beberapa orang pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berkenaan serta penerima-penerima sumbangan.