![]()
"Awang Haji Nudin bin Jamadil@Jamadin (kiri) menerima anak kunci rumah"
![]()
Pada hari Selasa, 25 Jamadilakhir 1431H bersamaan 08 Mei 2010 Masehi, diadakan majlis penyerahan sebuah rumah bantuan iaitu di bawah skim perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Putat, Mukim Lumapas Daerah Brunei dan Muara bagi Awang Haji Nudin bin Jamadil@Jamadin yang berusia 70 tahun. Awang Haji Nudin bin Jamadil@Jamadin tidak mempunyai sebarang pendapatan dan cuma bergantung pada elaun pencen tua yang diterimanya setiap bulan.
Kos bagi mendirikan pembinaan rumah bantuan Awang Haji Nudin bin Jamadil@Jamadin ini menelan belanja sebanyak B$31,000.00 (Ringgit Brunei : Tiga Puluh Satu Ribu Sahaja) dan mempunyai dua (2) buah bilik tidur, bilik tamu dan dapur.
Hadir dimajlis ini bagi menyempurnakan penyerahan anak kunci rumah bantuan bagi Awang Haji Nudin bin Jamadil@Jamadin ialah Yang Mulia Dr Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Pembinaan rumah bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat bagi mewujudkan kehidupan berkeluarga yang aman dan harmoni. Disamping itu ia adalah merupakan salah satu usaha bagi mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat di Negara Brunei Darussalam.