![]()
"Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Junaidi bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim menyempurnakan majlis"
![]()
Pada hari Isnin 24 Jamadilakhir 1431H bersamaan 07hb Jun 2010M, diadakan majlis memulakan tiang rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Dayang Zalehah binti Othman berusia 34 tahun di Lot 14155, Simpang 788, Kampong Kiudang. Beliau yang mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah tidak mempunyai sebarang pendapatan melainkan elaun yang diterima dari Majlis Ugama Islam Brunei. Rumah yang pernah dimiliki oleh Dayang Zalehah telah ranap dijilat api semasa kejadian kebakaran yang berlaku pada 05hb Ogos 2002 yang lalu dan terpaksa menumpang tinggal dirumah bapa saudaranya sehingga sekarang.
Kos bagi pembinaan rumah bantuan tersebut menelan belanja sebanyak B$43,000.00 (Ringgit Brunei : Empat Puluh Tiga Ribu Sahaja) yang berkonsepkan tiga (3) buah bilik tidur, bilik tamu dan dapur. Hadir bagi menyempurnakan majlis memulakan tiang rumah bantuan ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Junaidi bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Juga hadir bagi menyempurnakan majlis memulakan tiang bantuan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohamad Saiful bin Abdullah Anja, Ketua Kampong Kiudang, Tutong.
Turut hadir ialah sebahagian daripada pegawai-pegawai kanan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat.