![]()
"Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud
Ahli Lembaga Pengarah Yayasan menyerahkan sumbangan"
![]()
Pada hari Isnin, 18 Jamadilawal 1431H bersamaan 03hb Mei 2010, Yayasan menyampaikan sumbangan derma kepada mangsa-mangsa kebakaran. Di majlis ini, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$3,100.00 (Ringgit Brunei: Tiga Ribu Seratus Sahaja) kepada tiga (3) buah keluarga yang keseluruhannya terdiri daripada sembilan (9) orang ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampong Sungai Jambu Telisai, Daerah Tutong pada 28hb April 2010 yang lalu. Senarai ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan adalah seperti berikut:
1. Awang Haji Mohammad Idrus bin Mahari / Haji Idrus bin Labuan
2. Dayang Hajah Nafsi bte Bakar
3. Dayang Hajah Sukmawati bte Haji Mohammad Idrus
Selain daripada sumbangan kewangan, Yayasan juga menghulurkan keperluan asasi kepada mangsa kebakaran tersebut. Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Juga hadir adalah beberapa orang pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berkenaan serta penerima-penerima sumbangan.