Back
Next
title

Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

pic

 

 

"Yang Mulia Awang Haji Musthapa bin Haji Matahir menyerahkan sumbangan kepada Dyg Chida"

 

 

 

 

 

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah banjir, tanah susur, kebakaran dan sebagainya. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

 

Sehubungan dengan itu, berikutan dari kejadian rumah roboh kepunyaan Dayang Chida bte Sungot di Jalan Kecil Ratan, Tenajor Labi iaitu pada pertengahan bulan April 2010 yang lalu, satu rombongan pegawai-pegawai dari Yayasan telah membuat lawatan kerja pada hari Rabu, 28hb April 2010 ke tempat kejadian di Kampong Labi, Belait. Tujuan bagi mengadakan lawatan tersebut ialah bagi meninjau kerosakkan pada rumah berkenaan disamping menghulurkan bantuan yang berupa makanan asasi seperti beras, minyak makan dan seumpamanya. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Musthapa bin Haji Matahir, Penolong Pengarah Urusan Yayasan kepada Dayang Chida bte Sungot yang bertempat dirumah anaknya beralamat di Kampong Tapang Lupak, Labi, Belait.

 

Dalam pada itu, Yayasan juga sedang menimbangkan untuk menghulurkan sebarang bantuan yang bersesuaian selanjutnya. Turut hadir dimajlis penyampaian sumbangan ini ialah Ketua Kampong Labi dan pegawai-pegawai dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

top