Back
Next
title

Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Kepada Penduduk Yang Terlibat Dalam Kejadian Kebakaran

pic

 

 

"Yang Mulia Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima"

 

 

 

 

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

 

Keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan adalah selaras dengan dasar penubuhannya.

 

Pada hari Rabu, 11 Safar 1431H bersamaan 27 Januari 2010M, Yayasan bersama-sama dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengadakan majlis penyampaian sumbangan derma kepada mangsa-mangsa kebakaran bertempat di Rumah Penghulu Mukim Peramu, Pengarah Awang Haji Ismit bin Pengarah Mukim Haji Naim.

 

Di majlis ini, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$3,300.00 kepada 3 buah keluarga yang terdiri daripada 13 orang ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampong Bakut Pg Siraja Muda ‘B’, Daerah Brunei dan Muara.

 

Senarai ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:

 

  1. Haji Kula bin Haji Majair

  2.  

  3. Awang Ma’arof bin Chee

  4.  

  5. Hajah Fadzillah binti Ma’arof

 

Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.  Turut sama menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran tersebut ialah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat.

 

Juga hadir adalah beberapa orang pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berkenaan serta penerima-penerima sumbangan.

 

top