Back
Next
title

Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan kepada Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Indonesia dan Ribut Filipina

pic

 

 

"Pehin Orang Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong (kiri) menyerahkan replika cek kepada Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat (kanan)"

 

 

 

 

Dua kejadian bencana alam telah berlaku dalam bulan September yang lalu melibatkan dua buah negara iaitu Indonesia dan Filipina. Beberapa kawasan di Indonesia (Tasikmalaya, Jawa Barat dan Padang) telah dikejutkan oleh gempa bumi dengan kekuatan 7.6 skala Richter yang telah menyebabkan beribu orang cedera, terkorban dan kehilangan tempat tinggal. Di Filipina pula, Ribut Tropika Ketsana telah melanda kawasan utara Filipina disertai hujan lebat 12 jam mengakibatkan bencana banjir paling buruk dalam tempoh 40 tahun yang telah menyebabkan hampir 3 juta penduduk terjejas akibat banjir dan beratus orang terkorban. Sebahagian kawasan Filipina turut ditimpa kemusnahan akibat Ribut Parma dan Ribut Melor pada 4 Oktober 2009.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telahpun mengurniakan titah perkenan bagi penubuhan jawatankuasa khas yang dinamakan "Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi di Indonesia dan Ribut Filipina". Jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk menggerakkan serta mengusahakan kutipan tabung berkenaan. Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi di Indonesia dan Ribut Filipina telahpun dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada hari Sabtu, 20 Syawal 1430H bersamaan 10 Oktober 2009M.

 

Sebagai sokongan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) terhadap penubuhan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Indonesia dan Ribut Filipina, pada 29 Zulhijjah 1430H bersamaan 17 Disember 2009, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah B$100,000.00 kepada tabung berkenaan iaitu sebanyak B$50,000.00 disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi di Indonesia dan sebanyak B$50,000.00 disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Ribut Filipina. Majlis ini diadakan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di Jalan Kebangsaan.

 

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Sumbangan tersebut diterima oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan selaku Penasihat Bersama Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Indonesia dan Ribut Filipina.

 

Di samping itu, Yayasan juga menempatkan kotak tabung di Kompleks Bangunan Yayasan bagi orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan.

 

top