Back
Next
title

Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

pic

 

"Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Junaidi bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim (tengah) menyerahkan sumbangan kepada Yang Mulia Dayang Hajah Norjum bte Haji Yussop (kanan)"

 

 

 

 

Mengadakan bantuan ke atas penyelidikan dan perkembangan yang dijalankan oleh institusi pengajian tinggi bagi kepentingan kemajuan saintifik, teknologi dan kemasyarakatan adalah merupakan salah satu tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang pendidikan. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

 

Bagi tujuan tersebut, pada hari Jumaat, 18 Zulkaedah 1430H bersamaan 6 November 2009M, Yayasan menyampaikan 2 sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$34,456.00 dan diadakan di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang. Sumbangan-sumbangan tersebut adalah seperti berikut:

 

  1. Sumbangan Tajaan Bagi Mengadakan Seminar/Bengkel Sempena Sambutan Hari Guru Kali Ke-19
  2.  

    • Sumbangan berjumlah sebanyak B$21,265.00 adalah bagi menaja sebahagian daripada perbelanjaan bagi mengadakan majlis seminar/bengkel sempena Sambutan Hari Guru Kali Ke-19 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.

    •  

    • Dengan bertemakan "Teaching Quality and Standard : IT Matters in Classroom in SPN21", seminar yang mengandungi 12 pembentangan kertas kerja ini akan diadakan selama 3 hari iaitu bermula pada 9 hingga 11 November 2009 dan bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    •  

    • Antara lain tujuan bagi mengadakan seminar tersebut adalah untuk memberikan landasan dialog profesional dan perbincangan pembelajaran bagi guru-guru dan pemimpin sekolah. Di samping itu, ia juga bertujuan bagi meningkatkan kapasiti peserta dalam pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam amalan pedagogi dalam bilik darjah. Selain itu, seminar ini juga bertujuan untuk memberikan peluang dalam pembelajaran secara profesional di kalangan peserta dan pembentang.

    •  

    • Sumbangan tajaan Yayasan tersebut diterima oleh Yang Mulia Dayang Hajah Norjum bte Haji Yussop, Timbalan Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Korporat).

     

  3. Sumbangan Tajaan Bagi Mengadakan Persidangan Antarabangsa Budaya dan Masyarakat Melayu
  4.  

    • Salah satu tujuan Yayasan dalam bidang kebajikan adalah menanam dan memupuk semangat kecemerlangan dalam bidang sosio-budaya dengan memberi sokongan kepada projek dan program dalam bidang sastera dan kebudayaan. Selaras dengan tujuan ini, Yayasan memberikan sumbangan kewangan berjumlah B$13,200.00 kepada Universiti Brunei Darussalam iaitu bagi menaja sebahagian dari perbelanjaan menganjurkan majlis Persidangan Antarabangsa Budaya dan Masyarakat Melayu.

    •  

    • Tujuan utama bagi mengadakan persidangan ini adalah untuk menemukan para sarjana yang bereputasi untuk membentang kertas kerja dan membincangkan tentang budaya dan masyarakat Melayu. Di samping itu, persidangan ini juga bertujuan bagi menonjolkan prestasi Negara Brunei Darussalam sebagai Pusat Pengajian Melayu. Ia juga adalah untuk melihat peranan budaya sebagai mekanisme untuk mengekalkan identiti masyarakat Melayu sesuai dengan kemajuan teknologi, ekonomi dan kepesatan pembangunan lain.

    •  

    • Hadir bagi menerima sumbangan tajaan ini ialah Yang Mulia Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam.

 

Kedua-dua sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Junaidi bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Turut hadir di majlis ini ialah Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

top