Back
Next
title

Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Kepada Penduduk Yang Terlibat Dalam Kejadian Kebakaran

 

 

"Datin Hajah Adina binti Othman,
Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (kanan)
menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima"

 

 

 

 

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

 

Keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan adalah selaras dengan dasar penubuhannya.

 

Pada hari Sabtu, 3 Zulhijjah 1430H bersamaan 21 November 2009M, Yayasan bersama-sama dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengadakan majlis penyampaian sumbangan derma kepada mangsa-mangsa kebakaran bertempat di Dewan At-Taqwa, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Di majlis ini Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$10,000.00 kepada 9 buah keluarga yang terdiri daripada 32 orang ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampong Pancha Delima, Daerah Brunei dan Muara dan Kampong Keramut Danau, Daerah Tutong.

 

Senarai mangsa kebakaran yang menerima sumbangan adalah seperti berikut:

 

Kampong Pancha Delima, Daerah Brunei dan Muara

 

  1. Dayang Chua Wee Ching
  2. Mendiang Dayang Ang Soo Geok (meninggal dunia semasa kejadian)
  3. Dayang Lee Ching
  4. Awang Ang Ting King
  5. Dayang Ang Soo Ping
  6.  

    Kampong Keramut Danau, Daerah Tutong

     

  7. Awang Haji Ibrahim bin Chakong
  8. Awang Shamshol bin Basri
  9. Awang Mudh Andhar bin Abdullah Gassireh
  10. Awang Haji Mohammad Nor Azlin bin Haji Ibrahim

 

Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Turut sama menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran tersebut ialah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang disampaikan oleh Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat.

 

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Urusan Yayasan, beberapa orang pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berkenaan serta penerima-penerima sumbangan.

 

top