![]()
"Menerima sumbangan bagi pihak DANA ialah
Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud (kiri)"
![]()
Pada hari Isnin, 5 Zulhijjah 1430H bersamaan 23 November 2009M, DANA menerima sejumlah B$5,015.00 dari 2 buah penyumbang iaitu:
Syarikat KK Chan Enterprise dan Multitrons Sdn Bhd yang berjumlah B$3,000.00. Sumbangan ini adalah merupakan hasil dari jualan amal yang mana KK Chan Enterprise telah membuat sumbangan kewangan bagi setiap barangan elektronik yang tertentu yang dibeli tanpa mengenakan sebarang kenaikan harga atau caj kepada pembeli. Manakala Multitrons Sdn Bhd pula menyumbangkan jumlah yang sama (dollar to dollar) ke atas apa yang keseluruhannya diperolehi oleh Syarikat K.K Chan Enterprise. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Awang Peter Chan Kheng Khiong, Pemilik Syarikat K.K Chan Enterprise dan Yang Mulia Awang Wong Kok Phing, Pengurus Multitrons Sdn. Bhd.
Sekolah St. Margaret, Seria dengan sumbangan berjumlah B$2,015.00 iaitu merupakan 5% dari hasil kutipan acara jogathon yang telah diadakan pada bulan April 2009 yang lalu. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Kartini binti Orang Kaya Paduka Setia Diraja Abang Haji Abu Hanifah, Pengetua Sekolah St. Margaret, Seria.
Majlis ini diadakan di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang. Kedua-dua sumbangan tersebut diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.
DANA sangat menghargai sokongan dan sumbangan daripada para dermawan bagi sama-sama membantu DANA dalam usahanya untuk meningkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir di majlis ini ialah Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.