Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5

Berita Terkini

Sumbangan Kewangan Bagi Mangsa Kebakaran

Pada hari Jumaat, 29 Muharram 1439H bersamaan 20 Oktober 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menyampaikan sumbangan kewangan kepada enam buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini di Kampong Kuala Tutong; Kampong Kulapis; dan Kampong Tungku, Gadong. Jumlah keseluruhan sumbangan ialah B$21,200.00.

Read more ...

Majlis Doa Kesyukuran Dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah Program Intervensi Pendidikan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Tahun 1439H/2017M Di Daerah Temburong

Pada hari ini, Ahad, 10 Muharram 1439H bersamaan 1 Oktober 2017M, Yayasan mengendalikan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah iaitu khusus bagi pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Daerah Tutong yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Hadir selaku kehormat ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Idris bin Haji Abas, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan yang juga selaku Ahli Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan.

Read more ...

Majlis Doa Kesyukuran Dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah Program Intervensi Pendidikan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Tahun 1439H/2017M Di Daerah Belait

Pada hari Ahad, 10 Muharram 1439H bersamaan 1 Oktober 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengendalikan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah iaitu khusus bagi pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Daerah Belait yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan yang juga selaku Pengerusi Bersama PIP Yayasan Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan.

Read more ...

Doa Kesyukuran Dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah Program Intervensi Pendidikan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Tahun 1439H/2017M Di Daerah Tutong

Pada hari Ahad, 10 Muharram 1439H bersamaan 1 Oktober 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengendalikan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah iaitu khusus bagi pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Daerah Tutong yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah oleh Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan yang juga selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan.

Read more ...

Majlis Doa Kesyukuran Dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah Program Intervensi Pendidikan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Tahun 1439H/2017M Di Daerah Brunei Dan Muara

Pada hari Ahad, 10 Muharram 1439H bersamaan 1 Oktober 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengendalikan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah iaitu khusus bagi pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Daerah Brunei dan Muara yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan.

Read more ...

Sumbangan Kewangan Bagi Mangsa Kebakaran

Pada hari Selasa, 05 Muharram 1439H bersamaan 26 September 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada dua buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini di RPN Kampong Lambak Kanan, Mukim Berakas ‘B’ dan Kampong Sumbiling Lama, Mukim Kianggeh. Jumlah keseluruhan sumbangan ialah B$21,500.00.

Read more ...

Majlis Menandatangani Perjanjian Dan Doa Selamat Bagi Penerima Anugerah Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sesi Pengajian Tahun 2017/2018

Pada hari Isnin, 26 Zulhijjah 1438 bersamaan 18 September 2017, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat Bagi Penerima Anugerah Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian tahun 2017/2018 bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Bangunan Yayasan, Bandar Seri Begawan.

Read more ...

Majlis Penganugerahan Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 1438H / 2017M

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengenalkan pelbagai program bagi pembangunan kapasiti manusia untuk merealisasikan Wawasan 2035 ke arah rakyat berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya bagi mencapai taraf kehidupan yang berkualiti tinggi.

Dengan kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Yayasan Baginda juga turut mengendalikan beberapa program pembangunan kapasiti manusia bagi melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan yang seterusnya akan berperanan terhadap kemajuan dan pembangunan Negara seperti Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Sumbangan Kewangan Bagi Mangsa Kebakaran

Pada hari Selasa, 20 Zulhijjah 1438H bersamaan 12 September 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menyampaikan sumbangan kewangan kepada dua buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini di Kampong Pengkalan Sibabau dan STKRJ Kampong Sungai Buloh di Mukim Mentiri. Jumlah keseluruhan sumbangan ialah B$7,500.00.

Read more ...

Sumbangan Kewangan Bagi Mangsa Kebakaran

Pada hari Isnin, 5 Zulhijah 1438H bersamaan 28 Ogos 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menyampaikan sumbangan kewangan kepada lima buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini di Kampong Bakut Siraja Muda ‘A’; RPN Kampong Rimba; dan RPN Kampong Lambak Kanan. Jumlah keseluruhan sumbangan ialah B$23,100.00.

Read more ...

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086