Back
Next
title
Banner

 

Projek Bantuan Untuk Meningkatkan Sosio-Ekonomi Ke Arah Membasmi Kemiskinan (PBSE) adalah selaras dengan objektif penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu bagi mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteran hidup rakyat. Sasaran peserta bagi PBSE ialah keluarga yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan serta daif.

 

Projek-projek yang dirancang dibawah PBSE menjurus kepada usaha mempertingkatkan sosio-ekonomi peserta seperti memberikan skim latihan kemahiran dan keusahawanan, bantuan kewangan dan material bagi memulakan perusahaan kecil-kecilan dan sebagainya.

 

Penglibatan para sukarelawan dalam PBSE adalah mendapatkan data dan maklumat keluarga yang tidak berkemampuan dan daif, membuat perancangan perniagaan, memberikan kursus dan latihan dan sebagainya.

 

Projek rintis yang telah dikendalikan di bawah PBSE adalah memberikan skim latihan kemahiran dan keusahawanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di Kampong Bolkiah seperti projek perusahaan jahitan, membuat keropok dan kuih tradisi, tenunan kain, menambang dan kursus asas komputer.

 

 

Berita
4 Dis 2009 Bantuan Bagi Keluarga Yang Kurang Berkemampuan serta Daif
31 Jul 2009 Perasmian Mini Perpustakaan Kampong Bolkiah
31 Jul 2009 Penyampaian Sijil Kursus Asas Komputer