Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ´Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Pada hari Selasa, 2 Rabiulawal 1439H bersamaan 21 November 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Penghargaan kepada Penyumbang dan Penyelaras Program “Breakfast for School” 2017.

Yayasan SHHB telah mula melaksanakan Program “Breakfast for School” pada tahun 2016 dan seramai 200 orang pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan telah dikenal pasti daripada empat buah sekolah di Daerah Brunei dan Muara telah dipilih bagi mengikuti program ini.

Program ini diusahakan hasil daripada laporan dari beberapa buah sekolah yang menyatakan meningkatnya bilangan para pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan yang datang ke sekolah dalam keadaan lapar. Pemberian sarapan pagi dihasratkan bagi membantu para pelajar untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran dengan baik. Banyak kajian menunjukkan kesan positif terhadap para pelajar yang mengambil sarapan pagi yang berkhasiat.

Tahun ini merupakan tahun kedua Program “Breakfast for School” dilaksanakan. Seramai 1,215 pelajar yang kurang berkemampuan dan telah dikenalpasti dari 13 buah sekolah di seluruh negara telah dipilih untuk mengikuti program ini. Mereka terdiri daripada 393 orang pelajar dari 4 buah di Daerah Brunei Muara; 594 orang pelajar dari 4 buah di Daerah Belait; 78 4 buah di Daerah Tutong; dan 150 orang pelajar dari sebuah sekolah di Daerah Temburong.

Sajian berupa telur dan susu segar penuh krim (dalam paket) telah disumbangkan sepanjang tahun ini. Sajian telur disumbangkan oleh Ideal Multifeed Farm (Brunei) Sdn Bhd, manakala sajian susu segar penuh krim (dalam paket) disediakan oleh Yayasan SHHB.

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan SHHB hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan penghargaan kepada penyumbang, guru-guru penyelaras dan para sukarelawan yang terlibat menjayakan program ini.

Hadir sama di majlis ini ialah Penolong Pengarah Urusan Yayasan SHHB; Pemangku Pengarah Sekolah-sekolah; Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pendidikan; Pengetua-pengetua Maktab/Sekolah Menengah; Guru-guru Besar Sekolah Rendah serta guru-guru yang terlibat; pegawai dan kakitangan Yayasan SHHB.

 

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Tabung Derma Khairat
Facebook Page rasmi YSHHB
Facebook Group rasmi BKPYSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086