Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ´Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Pada hari Ahad, 10 Muharram 1439H bersamaan 1 Oktober 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengendalikan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah iaitu khusus bagi pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Daerah Belait yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan yang juga selaku Pengerusi Bersama PIP Yayasan Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan.

Kelas tuisyen PIP Yayasan menumpukan pembelajaran mata pelajaran teras bagi memastikan para pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan supaya mereka mendapat peluang terbaik dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, mata pelajaran Al-Quran dan amali ugama juga diserapkan dalam program PIP ini bermula pada tahun 2014 yang dipanggil dengan Projek Tahsin.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaasin beramai-ramai dan bacaan Doa Yaasin yang diketuai oleh Awang Zulazni bin Haji Zaini, Imam Masjid Kampong Pandan 7.

Majlis diikuti dengan bacaan Surah-Surah Lazim oleh pelajar-pelajar di bawah Projek Tahsin Al-Quran dan Amali, PIP Yayasan.

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar yang digunakan sebagai Pusat Tuisyen PIP di Daerah Belait yang disempurnakan oleh tetamu kehormat, Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan yang juga selaku Pengerusi Bersama PIP Yayasan Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan.

Hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Awang Haji Ahmad Jefri bin Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan yang juga selaku Ahli Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan; Pegawai-pegawai Yayasan; Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama serta pengetua-pengetua dan guru-guru besar sekolah yang terlibat.

Majlis yang sama juga turut diadakan di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah bagi pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah PIP Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Daerah Brunei dan Muara; Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam bagi pelajar di Daerah Tutong; dan Dewan Serbaguna, Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara bagi pelajar di Daerah Temburong.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Tabung Derma Khairat
Facebook Page rasmi YSHHB
Facebook Group rasmi BKPYSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086