Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ´Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Dalam memberi perhatian dan pemedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah di Kampong Saba Tengah, Kampong Ayer pada 4 Ogos 2017 yang lalu, Yayasan pada hari Isnin, 14 Zulkaedah 1438H bersamaan 7 Ogos 2017M menyampaikan bantuan dalam bentuk kewangan kepada mangsa yang terlibat. Bantuan tersebut dihasratkan bagi meringankan beban mereka untuk terus kembali menjalani kehidupan seharian.

Sebanyak empat buah ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut menerima sumbangan daripada Yayasan. Sumbangan disampaikan kepada ketua-ketua keluarga yang terlibat, iaitu seperti berikut:
• Dayang Norhajijah binti Haji Jais
• Dayang Hajah Intan binti Haji Gampal
• Awang Haji Mantarais bin Haji Jais
• Dayang Rohani binti Haji Jais

Jumlah keseluruhan bantuan yang disumbangan oleh Yayasan ialah sebanyak B$16,450.00. Bantuan Yayasan disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Majlis Penyampaian Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertempat di rumah keluarga mangsa beralamat No.92, Kampong Lupak Luas, Mukim Lumapas.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Tabung Derma Khairat
Facebook Page rasmi YSHHB
Facebook Group rasmi BKPYSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086